bunga.gif (2212 bytes)
PERATURAN-PERATURAN PENEMPATAN DAN
PENEMPATAN SEMULA PELAJAR SEKOLAH
DALAM DAERAH TAMPIN DAN REMBAU, N. SEMBILAN D.K.

1. Pihak Sekolah Rendah diminta memperbanyakkan Borang Penempatan Pelajar (BPP) ke
      Tingkatan Peralihan dan Satu, dan agihkan kepada murid-murid Tahun Enam pada /
      sebelum 30 Ogos.

2.   Murid-murid yang memohon belajar di sekolah (SM) yang jauh dari rumah mereka, perlu
     mengisi Borang Penempatan Pelajar (BPP) sebanyak tiga salinan. Murid-murid yang lain
     hanya perlu mengisi satu salinan Borang BPP dan disimpan untuk rujukan pihak sekolah
     sahaja.

3.  Pihak ibubapa/penjaga murid diminta menyerahkan semula borang tersebut kepada pihak
     sekolah dalam tempoh tujuh hari. Pihak sekolah diminta menghantar borang-borang
     KSM1, KSM1A dan KSM2 ke PPD.Tampin dan Rembau pada atau sebelum 15 September.

4. Pihak ibubapa/penjaga diminta mengisikan borang tersebut dengan maklumat yang betul,
    dan sertakan dokumen-dokumen sokongan yang relevan seperti Bill Air / Api / Telekom /
    IWK.

5. Pihak sekolah diminta menyemak borang-borang tersebut dan menyenaraikan murid-murid
    terlibat di dalam Borang KSM "1" dan KSM "2". Borang KSM "1" digunakan bagi
    tujuan-tujuan berikut:-

    a. Mengenalpasti bilangan murid yang akan naik ke sekolah menengah (SM)

    b. Mengenalpasti bilangan murid yang akan ditempatkan di sesebuah sekolah menengah
        (SM).

    c. Mengenalpasti bilangan Kelas Peralihan dan Tingkatan Satu yang akan wujud di
        sesebuah sekolah menengah itu.

6. Sekolah dikehendaki melengkapkan Borang KSM "1" di dalam tiga salinan dan hantarkan
    kesemuanya untuk perhatian dan tindakan Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dan Rembau

7. Sekolah dikehendaki menyenaraikan murid-murid mengikut sekolah menengah yang
    hampir dengan rumah mereka. Isikan borang yang berasingan bagi sekolah yang berlainan.

8. Jika pilihan mereka adalah sekolah menengah yang jauh dari rumah mereka, Borang KSM
    "1A" perlu diisikan sebanyak tiga salinan dan disertai dengan tiga salinan borang BPP dan
    disokong dengan dokumen-dokumen yang relevan dan berkaitan (rujuk perkara 4).

9. Borang KSM "2" diisikan dalam empat salinan dan digunakan untuk menyenaraikan
    pelajar-pelajar  yang ingin belajar di sekolah menengah luar daerah/negeri.
    * Pihak sekolah perlu mengeluarkan surat pertukaran kepada murid-murid yang terlibat.

10. Pelajar-pelajar yang memohon ke Sekolah Menengah Agama yang di bawah pentadbiran
    Jabatan  Agama Islam Negeri, pihak sekolah hendaklah menyenaraikan pelajar-pelajar
    tersebut ke Sekolah Menengah yang berhampiran terlebih dahulu. (Guna Borang KSM "1").

11. Borang-borang yang telah diproseskan akan dikembalikan kepada pihak berkenaan, iaitu:-
     11.1. BORANG KSM "1"/ KSM "1A".
                    i. Sekolah Pertama (SR), iii. PPD.TR
                    ii. Sekolah Kedua (SM),

      11.2. BORANG KSM "2".
                    i. Sekolah Pertama (SR), iii. PPD.TR
                    ii. Sekolah Kedua (SM), iv. PPD di daerah / negeri lain
                        (luar daerah / negeri)

12. Pelajar-pelajar yang memohon untuk belajar di sekolah menengah di luardaerah/negeri,
    pihak  sekolah perlu mengambil prosedur berikut:-
     12.1. Jika perpindahan/pertukaran berlaku sebelum pelajar berkenaan mendaftarkan
            dirinya di sekolah menengah di mana beliau ditempatkan, Sekolah Rendahnya yang
            perlu membuat Surat Pertukaran Dalam/Ke Luar Negeri dan berikan kepada penjaga
            sebanyak tiga salinan.
    12.2. Jika perpindahan/pertukaran sekolah berlaku selepas sesi persekolahan yang baru
            bermula  atau pelajar berkenaan telah mendaftar dan melaporkan diri di sekolah (SM)
            barunya, maka pihak sekolah menengah di mana pelajar itu ditempatkan yang akan
            membuat dan  mengeluarkan surat pertukaran dalam atau ke luar negeri.

13. Sekolah-sekolah yang berhampiran dengan sempadan negeri (Melaka & Johor), pihak
       sekolah berkenaan hendaklah menyenaraikan pelajar-pelajar mereka ke sekolah
        menengah di dalam  negeri terlebih dahulu. Jika permohonan rayuan untuk penempatan
        semula diterima daripada ibubapa/penjaga, perhatian dan pertimbangan yang
        sewajarnya akan diberikan. Kes rayuan melalui  surat tidak akan dilayan sehingga
        ibubapa / penjaga berhubung terus dengan PPD.TR.

14. Keputusan Kes Rayuan akan dibuat dan dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan
       dalam bulan  November dan Disember. (sebelum sesi persekolahan tahun baru bermula)

15. Penempatan/penempatan semula pelajar di dalam daerah Tampin dan Rembau dan
    melibatkan  pihak/daerah lain dalam/luar negeri, perkara ini perlulah dirujuk terlebih
    dahulu kepada PPD Tampin dan Rembau

16. Merujuk peraturan 14, prosedur ini dikuatkuasakan dengan alasan-alasan berikut:-
      16.1. Dapat mengesan pergerakan keluar/masuk pelajar-pelajar dari sekolah ke sekolah di
              dalam/luar daerah Tampin dan Rembau.

      16.2. Keupayaan menerima sesebuah sekolah di dalam daerah Tampin dan Rembau dan
                kekuatan pelajar (enrolmen) di sekolah tersebut.

17. Permohonan pelajar ke Tingkatan Enam, ianya perlu dirujuk ke Jabatan Pendidikan
    Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus.

18. Pelajar-pelajar dari MRSM, Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Swasta yang ingin
      memohon belajar di sekolah menengah bantuan kerajaan, mereka perlu memohon dan
      membuat rayuan ke JPNS dengan menggunakan Borang M dan disertakan dengan
        dokumen-dokumen  berikut:-
            a. Surat Rayuan .... 2 salinan
            b. Kad Pengenalan .... 2 salinan
            c. Surat Beranak .... 2 salinan
            d. Sijil Berhenti Sekolah .... 2 salinan (Sek. Ren./Sek. Men.)
            e. Surat Akuan Pengetua .... 2 salinan
            f. Keputusan UPSR/PMR .... 2 salinan

19. Untuk menyambung semula persekolahan, peraturan 18 digunakan.

20. Maklumat mengenai penempatan pelajar-pelajar ke Tingkatan Satu dan Peralihan, ibu
    bapa atau penjaga bolehlah menghubungi pihak sekolah sebelum sesi persekolahan tahun
    baru bermula.