bunga.gif (2212 bytes)

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

Matlamat  Objektif     Fungsi   Aktiviti Program 2000 

Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dan Rembau adalah bertanggungjawab bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah di daerah ini dikendalikan dengan baik dan berkesan mengikut peraturan, prosedur dan tatacara Kementerian Pendidikan, Perbendaharaan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Sektor ini diketuai oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, dibantu oleh seorang Pernyelia Kanan, tiga orang penyelia, seorang pegawai data dan seorang pembantu tadbir.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah 
Sektor Pengurusan
Tn. Hj.Hussin bin Hassan Jabaie
Penyelia Kanan En. Mohd.Kadzri bin Hj.Ibrahim
Penyelia Sekolah  Menengah En. Yunus B Daros
Penyelia Sekolah Rendah (Tamil) En. V.Ravindrah
Penyelia Sekolah Rendah (Cina) En. Wong Geok Leong
Pegawai Data Daerah En. Shafie B Diron
Pembantu Tadbir En Mohd Ayub

Matlamat

Semua sekolah di daerah Tampin dan Rembau menghayati budaya kecemerlangan dengan menjadikan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) sebagai strategi utama dalam pembentukan iklim sekolah yang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran.

 

atas

Objektif

  1. Membentuk pengurusan sekolah yang lebih berkesan dengan memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam pengurusan sekolah.
  2. Memastikan sekolah mengamalkan konsep 'zero defect' dalam aspek pengurusan sekolah khususnya dalam pengurusan kewangan.
  3. Memastikan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan atau lain-lain agensi dapat diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  4. Mengutamakan pelanggan dan memberikan layanan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan.
  5. Memastikan arahan-arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri atau kementerian Pendidikan dapat dilaksanakan dengan kadar segera dan sempurna.
  6. Memastikan semua sekolah di daerah Tampin dan Rembau menyiapkan laporan kewangan sekolah yang belum diaudit dalam tempoh masa yang ditetapkan.

  atas

Fungsi

  • Menguruskan pertukaran guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah dalam daerah Tampin dan Rembau.
  • Menguruskan perlantikan guru sandaran tidak terlatih dan guru ganti apabila perlu.
  • Menguruskan pertukaran murid dalam daerah serta perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut:- · penempatan murid sekolah rendah ke sekolah menengah. · rayuan penempatan murid sekolah rendah ke sekolah menengah.
  • Membantu pihak sekolah menggalak masyarakat setempat, ibubapa melalui program PIBG, Jawatankuasa Pemuafakatan, Briged Komuniti untuk memberi khidmat sokongan kepada sekolah.
  • Menyelaras dan mengawas pengendalian Mesyuarat Agung Tahunan serta aktiviti PIBG sekolah-sekolah daerah ini.
  • Mengadakan lawatan penyeliaan ke sekolah-sekolah bagi memantau pengurusan sekolah.
  • Mengadakan mesyuarat pengurusan sekolah rendah dan sekolah menengah bagi menyelesaikan permasalahan pengurusan yang dihadapi.
  • Menguruskan pentadbiran am sektor ini dengan mengemaskinikan dan menyimpan maklumat sekolah, data guru, murid, kelas dan sebagainya.
  • Menyiasat aduan-aduan yang berkaitan dengan sekolah-sekolah di daerah ini apabila diarahkan.

atas

Aktiviti

Mesyuarat Pengurusan:
      Sektor ini telah mengadakan mesyuarat pengurusan sekolah bagi sekolah menengah dan
      sekolah rendah sebanyak empat kali dalam tahun 1998.

2.   Lawatan Penyeliaan:
      Bagi memantau pentadbiran sekolah serta pengurusan kewangan, lawatan penyeliaan
      telah dibuat ke sekolah-sekolah di daerah ini mengikut jadual yang ditetapkan. Kesemua
      83 buah sekolah di daerah ini telah dilawati dan diselia.

3.   Pertukaran Guru / Perlantikan GSTL:
     Telah menguruskan pertukaran guru dalam daerah ini tanpa sebarang masalah.
     Perlantikan guru-guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah, SJK(C) dan SJK(T)
     telah diuruskan dengan baik. Telah memastikan semua sekolah mempunyai tenaga guru
     yang mencukupi.

4. Pertukaran Murid:
     Pertukaran murid sekolah rendah ke sekolah menengah telah diuruskan dengan teratur
     pada awal tahun. Semua kes rayuan telah diberi perhatian sertamerta dan pertimbangan
     yang sewajarnya.

5.   Laporan Akaun Sekolah Yang Belum Diaudit:
     Telah memastikan semua sekolah di daerah ini mengemukakan laporan tersebut kepada
     pihak Audit Sekolah pada atau sebelum 28 Februari.

6.  Seminar / Bengkel / Kursus:
     Telah mengendalikan beberapa kursus dan bengkel untuk para pengetua dan guru-guru
     besar bagi meningkatkan lagi taraf profesionalisme mereka dalam pengurusan sekolah.

7.  Mesyuarat Agung PIBG:
    Telah memastikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sekolah-sekolah dikendalikan dengan
     teratur tanpa sebarang insiden yang tidak diingini dan diadakan sebelum 31 Mei.

8. Mesyuarat
    Pembangunan Infrastruktur Sekolah: Telah menyertai semua mesyuarat pembangunan
    infrastruktur sekolah anjuran Jabatan Kerjaraya.

9.  Sijil Penghargaan:
     Telah menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada guru-guru dan
     kakitangan yang bersara  sebagai tanda mengenang jasa khidmat bakti
     mereka dalam perkhidmatan kerajaan.

atas