bunga.gif (2212 bytes)

Penyeliaan Dan Pencerapan


Perancangan (Buku Rekod Mengajar) Penyampaian Sahsiah Guru  

Perancangan (Buku Rekod Mengajar)

1.       Pernyataan Objektif
  • Pernyataan objektif pembelajaran dalam bentuk perlakuan pelajar

  • Menyatakan objektif pembelajaran secara eksplisit (objektif hendaklah meliputi aspek-aspek kognitif, afektif dan psikomotor) di mana sesuai

  •  Objektif pembelajaran tepat, jelas dan spesifik

  •  Objektif yang boileh dicapai dalam tempoh sesuatu pembelajaran

  •  Objektif disesuaikan dengan peringkat kebolehan pelajar dan memenuhi kehendak sukatan pelajaran dan persekitaran

Susunan Isi Pelajaran  
  • Isi pelajaran yang sesuai dengan objektif pelajaran, agihan masa pelajaran dan latar belakang pelajar (seperti kebolehan, keperluan, minat dan kecenderungan) 

  • Pemeringkatan isi pelajaran mengikut urutan bagi mencapai objektif pembelajaran  

Pemilihan strategi dan aktiviti P&P  
  • Strategi dan aktiviti yang sesuai dengan mengambil kira objektif yang hendak dicapai. Isi pelajaran, sumber pengajaran pembelajaran, masa dan situasi  
  Kesesuaian sumber P&P  
  •   Memilih alat yang sesuai, menarik, mencabar, mencukupi dan berfungsi atau jika bahan terhad, ia digunakan secara kreatif  
Penerapan nilai  
  • Memilih nilai yang sesuai untuk diterapkan melalui pelajaran akan disampaikan  

 

Penyampaian  

Permulaan pengajaran  

Memastikan pelajar bersedia 

Mewujudkan persekitaran sesuai untuk pembelajaran

Menarik perhatian, minat dan menggalakkan pembelajaran

Mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan pelajaran yang diajar

Mengaitkan pelajaran yang diajar dengan

         Pelajaran yang lalu

-        Perkara semasa yang sedang berlaku

-        Pengalaman pelajar

-         Perkara-perkara yang akan berlaku pada masa akan datang  

Perkembangan Pengajaran  

2.1 Pengurusan Masa

-          Menguruskan masa dengan bijak sesuai dengan peringkat kebolehan pelajar

-          Mengembangkan pelajaran mengikut kadar yang sesuai dengan kemajuan pelajar dan aras kemasukan pelajar

2.2 Bahasa

-          Menggunakan bahasa baku dan sebutan betul bertutur dengan kefasihan dan kelancaran dan sesuai dengan peringkat kefahaman pelajar

-          Menggunakan bahasa yang merangsangkan tindak balas pelajar

-          Menggunakan bahasa yang bersopan

-          Menggunakan bahasa arahan yang sesuai (sila, terima kasih, bolehkah, tolong saya)

-          Mengguynakan struktur ayat yang betul dan mudah difahami

-          Tulisan jelas

2.3 Suara

-          Menyebut dengan jelas dan lantang (Kelajuan yang sesuai)

-          Menggunakan nada intonasi yang sesuai dan pelbagai

-          Bertutur dengan kelajuan yang sesuai

2.4 Pengendalian Kaedah/Teknik Pengjaran

-          Mengendalikan kaedah/ teknik pengajaran dengan licin, anjal (fleksible) teratur, sesuai dengan keadaan masa dan sumber

-          Menggunakan pelbagai kaedah/teknik yang menarik dan menyeronokkan

-          Menjalankan aktiviti yang mencabar

-          Menggunakan unsur-unsur peneguhan

-          Melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menggalakkan pembelajaran secara kelas, kumpulan, pasangan dan individu

-          Menjalankan aktiviti seperti pemulihan, pengayaan, pengukuhan, penggabungjalinan dan penyerapan mengikut keperluan dan situasi

-          Contoh keadaan yang digunakan

-          Latih tubi

-          Tunjuk cara

-          Lakonan

-          Simulasi

-          Main peranan/ temu bual

-          Forum/ perbahasan

-          Kajian kes

-          Kajian projek

-          Syarahan

-          Percambahan fikiran

-          Perbincangan kumpulan

-          Cooperative learning

-          Menggunakan interaksi pelbagai hala (pelajar-guru-bahan)

 

2.5 Penggunaan Sumber Pembelajharan

-          Menggunakan pelbagai sumber dengan teratur. Menarik, berkesan

-          Menggunakan sumber yang sesuai dengan objektif, isi pelajaran, tempat, masa dan keperluan pelajar (perlu berjaya)

-          Menggunakan bahan sumber pengajaran pembelajaran dengan yakin

-          Menggunakan papan tulis dengan berkesan\

-          Sudut mata pelajaran digunakan dan dikemaskinikan

2.6 Penglibatan Pelajar

-          Melibatkan pelajar secara aktif dan menyeluruh melalui pelbagai bentuk aktiviti

-          Mengadakan aktiviti pengajaran pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru bertindak sebagai fasilitator

-          Memberi pelajar peluang belajar melalui pengalaman

-          Menggalakkan pelajar memberi sumbangan yang berguna dalam aktiviti kelas

-          Menggalakkan pelajar berkongsi maklumat sewaktu mengendalikan aktiviti pembelajaran

2.7 Amalan belajar dan Berfikir Secara Kreatif dan Kritis

-          Menggalakkan pelajar memberi dan menerima pandangan

-          Menjalankan aktiviti yang menggalakkan pelajar berfikir

-          Memberi peluang pelajar meneroka idea yang baru dan pelbagai

-          Menggalakkan pelajar mengumpulkan maklumat melalui pelbagai sumber dan kaedah, memproses dan merumus

-          Mengemukakan persoalan yang mencetus dan mencabar pemikiran pelajar

2.8 Kemahiran Menyoal

-          Menggunakan struktur ayat soalan yang betul

-          Mempelbagaikan aras dan jenis soalan yang menggalakkan pelajar berfikir

-          Mengajui soalan dengan jelas dan tepat dan ringkas

-          Memastikan agihan soalan adalah menyeluruh dan seimbang

-          Menggalakkan penglibatan pelajar dalam sesi soal jawab

-          Mempelbagai cara melayan dan menangani jawapan pelajar

2.9 Pencapaian Objektif

-          Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menunjukkan pencapaian pelajart

-          Menggunakan teknik penilaian yang sesuai untuk mengukur pencapaian objektif dan kemaajuan pelajar

-          Menggunakan maklum balas secara bijak untuk tindakan susulkan

2.10 Penerapan Nilai

-          Menggunakan peluang yang ada dan sesuai untuk menerapkan nilai secara langsung atau tidak langsung  

 

3.       

Pengurusan Bilik Darjah  

Mengurus bilik darjah dan kerja-kerja rutin dengan kemas dan teratur

-          Mewujudkan suasana bilik darjah yang menggalakkan dan sesuai untuk pengajaran pembelajaran

-          Menyusun meja/ kerusi/ alat-alat pengajaran/ kedudukan p[elajar sesuai mengikut tajuk atau aktiviti yang dirancang

-          Mengawal disiplin pelajhar dengan berkesan supaya pelajaran berjalan dengan lancar

-          Menggunakan ruang/ kemudahan sedia ada dengan baik

-          Menggunakan strategi/ teknik ynag dapat mengawal tingkahlaku yang tidak diingini  

 

-         

Penutup/ Penilaian  

Membuat rumusan yang berkaitan dengan isi poelajaran

-          Memberi rasa puas hati pelajar

-          Menggerakkan pelajar supaya bersedia untuk pelajaran akan datang

 

 

 

Sahsiah Guru  

Kesediaan untuk meningkatkan profesionalisme guru

 Bersedia untuk berbincang/ berunding dengan pelajar

-          Bersedia untuk berbincang dengan rakan sejawat dan mereka berkaitan dengan keguruan

-          Menggalkkan tingkah laku positif di kalangan pelajar

-          Bersedia untuk menambahkan pengetahuan ikhtisasnya

-          Mempunyai daya usaha untuk memajukan diri    

Keprahatinan terhadap pelajar  

 Menunjukkan sifat kemanusiaan seperti peka, mesra bertimbang rasa, akrab dan mengambil masalah pelajar

-          Mempunyai kesabaran dan empati

-          Hubungan guru-pelajar mesra

-          Menunjukkan keperihatinan terhadap pelajar yantg bermasalah/ cacat

-          Sentiasa peka terhadap kepentingan kebajikan dan keselamatn pelajar

   

Bermotivasi  

   Menunjukkan minat dan iltizam terhadap tugas

-          Berdaya usaha untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar  

-    

Sikap

    

Menunjukkan sikap yang positif dan produktif seperti kesungguhan dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab

-          Menerima pandangan/ maklum balas dengan positif dan mengambiul tindakan susulan

-          Sentiasa menilai dan berusaha memperbaiki diri  

-      

Kreatif dan Inovatif  

   Menghasilkan idea/ bahan yang asli, inovatif dan kreatif dalam pengajaran

-          Mencari serta mencuba sesuatu yang baru

-          Mempraktikkan teori-teori yang dipelajari dan menyesuaikannya mengikut keadaan

-          Mewngubahsuai penggunaan sumber mengikut keperluan

  

Penampilan Diri  

    

Berpakaian kemas dan sesuai

-          Memiliki sifat kecindan/ humorous yang menyenangkan

-          Memiliki sifat yang mesra, kewibawaan sebagai seorang guru

-          Menunjukkan keyakinan diri dalam segala perlakuannya  

Bersopan santun, berbudi bahasa dan bersikap sederhana